© wolfsirius.infoUnit Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERU)
- Ditubuhkan pada tahun 1980.
- Merupakan percantuman dua agensi penyelidikan iaitu:-
- Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi dan Perancangan Am
- Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia
- Percantuman ini merupakan suatu usaha ke arah mengembelingkan semua kepakaran penyelidikan sosio-ekonomi bagi memberi sumbangan yang lebih besar kepada proses pembangunan negara.
Secara umum unit ini berfungsi untuk menilai kesan dasar dan program-program pembangunan ke atas rakyat bagi maksud pembekalan maklumat yang dapat menyumbang kepada perancangan dan pelaksanaan program-program yang lebih efektif.
Objectif-objektif SERU:-
- Mengesan keperluan dan menjalankan penyelidikan impak sosio-ekonomi terhadap usaha-usaha pembangunan negara bagi kepentingan perancangan dan pelaksanaan yang lebih efektif.
- Mengesan, menyelaras dan mengawal usaha-usaha penyelidikan sosio-ekonomi daripada dalam dan luar negara oleh agensi-agensi supaya hasil penyelidikan dapat memberi sumbangan terbaik kepada proses pembangunan masyarakat dan negara.
- Memberi bantuan tenaga dan kerjasama dalam penyelidikan sosio-ekonomi kepada agensi-agensi lain dalam bidang penilaian, kesan rancangan, dan projek-projek yang telah, sedang atau yang akan diselenggarakan.
- Mewujudkan forum perbincangan mengenai masalah-masalah pembangunan sosio-ekonomi menerusi seminar-seminar, pengumpulan maklumat dan analisis pada peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa bagi kepentingan negara.
Peranan penyelarasan penyelidikan unit ini adalah penting untuk mengelakkan usaha-usaha penyelidikan yang bertindih dan bagi mempastikan penyelidikan ditumpukan kepada perkara-perkara penting supaya ia memberi hasil yang terbaik seperti yang dirancangkan.
Rujukan:-